http://wirawanweb.com/advertise
Suggest a web story or contact us.
Recent Articles

Kami di W//W perasan diri kami ibarat sepasukan wirawan siber, walaupun kami tidak mempunyai baju tempur seperti Polis Angkasa Gaban mahupun topeng bergaya ala-ala CyberCop namun kami tetap berusaha dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan Internet. Sebagaimana wira-wira yang lain juga, W//W juga mempunyai musuh yang perlu ditentang dalam setiap episod pengembaraan dan kali ini musuh utama kami ialah Sekatan Internet (Internet Censorship).

Ianya bukan lagi suatu rahsia besar yang mana Malaysia melalui MCMC mengenakan sekatan tertentu terhadap beberapa laman web, dan kebanyakan anda terutama yang sering mengunjungi laman sesawang “Tube” yang berwarna merah sudah lama mengetahui akan perkara ini. Kami di W//W bukanlah cuba menggalakkan para remaja untuk membuang masa melayari lelaman web yang menggiurkan namun kami berpendapat bahawa Internet seharusnya bebas dan terbuka. Warganya terutama di Malaysia berhak untuk membuat pilihan sendiri selagi mana ianya tidak menggangu gugat keamanan orang lain.

Maka atas kesedaran inilah kami akan cuba membantu para pelayar Malaysia untuk melepasi sekatan Internet agar mereka mempunyai kebebasan memilih untuk melayari ke seluruh pelusuk Internet. W//W akan memperkenalkan cara mudah untuk anda melepasi sekatan Internet di Malaysia untuk khasnya untuk pengguna Windows.

Terdapat banyak cara yang menarik, tertarik lagi bergaya untuk melepasi sekatan Internet di Malaysia bergantung kepada kehebatan menggondam (hacking). Kami serahkanlah itu kepada penggondam (hacker) tersohor untuk memikirkanya. Cara mudah untuk membantu anda dalam melayari ke laman web idaman anda ialah dengan menunjukan cara membuat penukaran alamat DNS.

Oh Em Gee disekat, bagaimana hendak saya memuat turun karya cetak rompak terkini?? Tolonglah saya W//W!!

Kebanyakan syarikat penyedia perkhidmatan (Internet Service Provider) membuat sekatan memalui pelayan DNS (DNS Server) kami tidak mahu menerangkan secara lanjut mengenai apa itu DNS dan sekiranya anda berminat bolehlah baca di sini dan untuk melepasi ini anda hanya perlu mengubah tempat rujukan DNS anda.

Kebanyakan tetapan (settings) Internet akan menetapkan alamat DNS sebagai Automatik yang mana komputer anda akan mengambil terus alamat DNS yang disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP). Sebagai contohnya jika anda menggunakan Streamyx maka kemungkinan alamat DNS anda adalah 202.188.1.5 dan 202.188.0.133, namun tahukah anda syarikat-syarikat seperti GOOGLE dan OpenDNS menyediakan perkhidmatan DNS secara percuma.

Maka pada hari ini kita akan menunjukan cara menggubah alamat DNS anda untuk berpaksi kepada Pelayan DNS Google.

Alamat DNS Google :
DNS Utama (Primary DNS) – 8.8.8.8
DNS Gantian (Alternate DNS) – 8.8.4.4

Langkah pertama ialah untuk anda membuka tetingkap (window) penetapan internet (Internet Settings) seperti yang ditunjuka dalam gambarajah di bawah.

Untuk membuka tetingkap penetapan Internet (Internet Setting) anda boleh klik (click) pada bawah kanan paparan utama (desktop) komputer anda, untuk pengguna Windows 7 ianya sama seperti dalam bulatan merah dalam gambar dan bagi pengguna Windows XP ianya adalah gambar dua komputer kecil bersambung. Anda juga boleh membuka paparan ini melalui “Control Setting” (Pengawal Tetapan) sebagaimana yang ditunjukan dalam bulatan merah di atas. Setelah anda menjumpai paparan ini seterusnya anda klik pada sambungan Internet yang sedang anda gunakan seperti yang ditunjukan dalam bulatan biru.

Langkah 1-4 (kiri ke kanan)

Kemudia anda ikut sahaja langkah-langkah yang ditunjukan seperti dalam gambarajah di atas, dari kiri ke kanan, langkah 1 hingga 4. Ingat ketiga-tiga paparan tidak akan keluar serentak akan tetapi akan keluar satu persatu tiap kali anda klik mengikut arahan yang telah diberikan. Setelah anda mengisi alamat DNS yang baru seperti yang ditunjukan dalam langkah 4 seharusnya anda kini boleh melayari laman web yang terlarang itu.

Yeaahh Berjaya, Terima Kasih W//W

Sekiranya anda tidak mendapat keputusan di atas, kemungkinan besar sambungan komputer anda menggunakan sebuah pelencong (ROUTER). Kebanyakan pengguna ADSL (Streamyx) akan memasang perkakas ADSL Modem/Pelencong (ADSL Modem/Router) dan penukaran DNS perlu dibuat dalam tetapan (settings) Modem itu sendiri. Biasanya sebarang perubahan pada tetapan modem boleh dilakukan melalui Pelayar Internet (Web Browser) tak kira samada anda menggunakan Internet Explorer, Firefox atay Chrome. Anda hanya perlu tahu alamat Modem anda dan ini ada ditulis pada kotak atau buku arahan pengguna (user manual) modem anda.

Contoh yang ditunjukan di bawah ini ialah cara-cara mengubah tetapan DNS melalui modem Aztech.

Alamat tetapan ada ditunjukan dalam kotak merah, berbeza mengikut jenis dan jenama modem.

Menukarkan dari tetapan DNS automatik kepada Manual

Sekiranya anda masih lagi tidak berjaya untuk melayari laman web terlarang walaupun telah menggunakan kaedah yang telah ditunjukkan di atas masih ada satu lagi kaedah. Anda boleh melayari pada laman web Anonymouse dan letaklah alamat laman web terlarang dalam kotak yang telah disediakan dalam kes ini ianya adalah http://thepiratebay.org

SOALAN CEPUMAS

Pasti ada yang akan bertanyakan soalan cepumas ini

“Wahai wirawanweb sekelian, saya dapati saya tidak boleh melayari laman sesawang terlarang melalui internet pejabat saya, bolehkah anda tunjukkan caranya untuk saya melepasi sekatan di pejabat?”

Kepada penyoal cepumas berkenaan, untuk pengetahuan anda biasanya di pejabat Internet anda dikendalikan oleh seorang Pentabir Rangkaian (System Administrator) dan selalunya pentabir ini akan membuat Pendinding (firewall) untuk mengawal pergerakan trafik. Tujuanya ialah untuk memastikan tiada pencerobohan rangkaian dapat dilakukan dengan sewenangnya dan untuk menghalang dari pekerja macam anda mengular tak habis-habis menononton benda-benda yang tak sepatutnya pada waktu pejabat. Sekiranya anda bukan seorang penggondam (hacker) yang tersohor maka caranya ialah samaada anda “kautim” dengan pentabir rangkaian (system administrator) untuk membuka laluan (port) anda atau teruskan berkerja dengan tekun tanpa bermain “Farmville”.

Sekali dia pakai pendinding (firewall) dah macam bomoh lah pulak pentabir rangkaian ni.

Maka itulah dia cara kami di W//W berjasa pada pengguna Internet khasnya di Malaysia, yakni menunjukan cara untuk anda melayari internet dengan melepasi sekatan dan membuktikan walaupun sukar untuk menerangkan langkah-langkah teknikal dalam Bahasa Melayu namun ianya boleh dilakukan tanpa menjahanamkan Bahasa Melayu itu sendiri dengan penggunaan perkataan ciplak seperti “├»nfortainmen”. Moga-moga selepas ini dapatlah anda melayari ke segala pelusuk Internet dengan bebas, riang-ria serta gembira dan selagi mana adanya onar dan durja dalam internet maka kami di W//W akan terus berjuang tanpa henti.

Hingga Berjumpa Lagi, Selamat Belayar!

P/S
Perkataan-perkataan teknikal yang dipelajari pada hari ini

Pelayan – Server
Pelencong – Router
Penggondam – Hacker
Menggondam – Hacking
Pendinding – Firewall
Pentabir Rangkaian – System Administrator
Tetapan – Settings
Pelayar Internet – Web Browser
Tetingkap – Window

Comments... Comment Archive
Comments archive
duitniaga says:

terima kasih atas maklumat. skg saya di jepun sangat berinternet. x sangka malaysia sudah mula kongkong internet.tak cukup dengan media sekarang dgn internet pun nak kuasai. mohon info dari artikel untuk dikongsi rakan2 di blog saya

http://duitniaga.com/rahsia-bid-lelong/

Lordapes says:

Pergh. Pendinding tu firewall rupanya. Bomoh kat kampung aku rupanya seorang pakar IT. Firewall beliau mampu bukan sahaja mampu menepis penggodam, malah hantu syaitan sekalipun. Hahaha.

Thanks for the info bro. Nak tanya, kalau connect internet thru broadband boleh guna kaedah ni ke? Macam mana pulak kalau connect internet thru tethering (aka hotspot) iphone?

Zaidel Baharuddin says:

Broadband boleh, sebab aku tukar setting pun pakai p1 Wimax, untuk tethering a.k.a hotspot I-Phone, kalau tak silap aku kau kena tukar setting DNS dekat I Phone tu dulu sebab dia jadi macam router.

noob.. says:

erm, kalu utk celcom bb camne??

Arya Putra says:

bukan gondam tapi godam..tulis tu biar la betul..

Daigo-tiga says:

Macam mana kita nak melepasi sekatan internet jika kita celcom / maxis broadband .. atau .. internet via handphone ??…

Kambeng says:

hidemyass.com, ultrasurf
proxy la nie

hasan sas says:

tQ for info.. aku main game pon dah laju

Twitter follow
Facebook likes
Stay in touch with us. Subscribe. Follow. Like.
http://wirawanweb.com/advertise
About WirawanWeb

An online publication based in Kuala Lumpur, Malaysia that focuses on everything web and Internet related. Topic covers ranges from silly web memes to serious online privacy issues, Internet censorship and online security.

Do you have any interesting web or internet related news and story? Send us a tip at:- tips@wirawanweb.com.

More information

Navigation
Social Networks
Links

Copyright © 2011 WirawanWeb. All Rights Reserved.